Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG XBOX Ally & Ally X KV

ROG Xbox Ally & Ally X Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 3, 2025 · Dikemas kini Oktober 3, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah mengumumkan pra-tempahan untuk ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X, dua konsol permainan mudah alih baharu yang dibangunkan bersama Xbox.

Kedua-duanya menawarkan reka bentuk ergonomik, skrin penuh, serta integrasi Windows 11 untuk pengalaman generasi permainan seterusnya.

ROG Xbox Ally X dikuasakan oleh AMD Ryzen™ AI Z2 Extreme Processor, dipadankan dengan 24GB RAM LPDDR5X-8000 dan storan SSD 1TB.

ROG Xbox Ally X
ROG Xbox Ally X dijual pada harga RM4,299.

Ia menampilkan skrin 7” FHD IPS 120Hz dengan AMD FreeSync™ Premium, perlindungan Corning Gorilla Glass Victus, serta bateri 80Wh untuk ketahanan lebih lama. Peranti ini juga menyokong WiFi 6E, Bluetooth 5.4, dan port USB4 dengan DisplayPort 2.1.

Sementara itu, ROG Xbox Ally hadir dengan AMD Ryzen™ Z2 A Processor, RAM 16GB LPDDR5X-6400, serta SSD 512GB.

Skrinnya sama seperti versi X, dengan sokongan 120Hz dan anti silau.

Ia dilengkapi bateri 60Wh, lebih ringan dengan berat 670g, dan ditawarkan pada harga RM2,699.

ROG Xbox Ally
ROG Xbox Ally.

Kedua-dua model direka untuk menyokong judul permainan AAA dengan prestasi mantap, integrasi Xbox penuh, serta menawarkan fleksibiliti permainan PC dalam platform mudah alih.

Tempahan awal ke atas 2 peranti ini membolehkan pelanggan turut menikmati hadiah percuma yang boleh ditebus bernilai RM999.

ROG Xbox Ally & Ally X Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia

Pra-tempahan ROG Xbox Ally X dan ROG Xbox Ally di Malaysia boleh dibuat bermula pada pukul 8.15 malam ini (3 Oktober 2025)  dengan layari laman rasmi https://my.rog.gg/ROGXboxAllySeries_PreOrder

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 'Power Bank' Pertama Guna Teknologi EV Tiba Di Malaysia
  • OriginOS 6 Sah Hadir Ke Malaysia, 500 Pengguna Terpilih Boleh Cuba Awal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY