Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG G1000

ROG G1000 Tiba Di Malaysia, Desktop Gaming Berharga RM29,999

Diterbitkan September 11, 2026 · Dikemas kini September 11, 2026 oleh ariff bukhari

Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan ketibaan ROG G1000, desktop gaming berprestasi tinggi dikuasakan pemproses AMD Ryzen™ 9 9950X3D CPU dengan kuasa grafik dipacu NVIDIA® GeForce RTX™ 5080.

Ia juga dilengkapi dengan RAM DDR5  64GB dan SSD M.2 2280 NVMe™ PCIe® 4.0 berkapasiti  1TB.

Jika itu masih belum mencukupi, PC ini tersedia dengan sokongan untuk naik taraf pada masa hadapan dengan empat slot DDR5 U-DIMM dan empat slot M.2 PCIe SSD, sekali gus memberikan anda fleksibiliti untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Antara ciri menjadikan desktop gaming ini lebih menarik ialah AniMe Holo, paparan holografik generasi baharu yang membolehkan pengguna menyesuaikan gaya dan identiti mereka dengan kesan visual yang menarik.

ROG G1000
Panel sisi mempamerkan kipas holografik 380mm yang besar dengan 720 LED, dilengkapi dengan kipas berkembar 215mm dengan 404 LED setiap satu pada panel hadapan.

Sistem ROG Thermal Atrium pula memastikan penyejukan maksimum melalui ruang haba khas dan penyejuk cecair, menjamin CPU beroperasi pada tahap optimum walaupun di bawah tekanan tinggi.

ROG G1000 kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM29,999.

Eksklusif di ASUS e-Store, anda boleh memilikinya dengan pakej monitor permainan ROG G1000 dan ROG Strix OLED XG32UQWMS terhad pada harga hanya RM32,999, jimat RM2,650 berbanding MSRP RM35,649.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Konsol PlayStation Pertama Kini Ada Versi LEGO, Berharga RM699.90
  • Hideo Kojima Lari Ke Xbox, Tak Sangka PlayStation Batalkan Projek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY