Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS LEGO 10.jpg

Konsol PlayStation Pertama Kini Ada Versi LEGO, Berharga RM699.90

Diterbitkan September 7, 2026 oleh Amsyar Latif

LEGO dan PlayStation memperkenalkan set LEGO PlayStation pertama, diinspirasikan daripada konsol PlayStation asal yang dilancarkan pada era 1990-an.

Set bernombor 72306 itu hadir dengan 1,911 kepingan dan menghasilkan replika konsol PlayStation asal pada skala hampir 1:1, lengkap bersama alat kawalan generasi pertama.

PS LEGO 4.jpg

Apabila siap dipasang, model konsol tersebut berukuran sekitar 26cm lebar, 19cm dalam dan 6cm tinggi.

PS LEGO 7.jpg

LEGO turut menambah beberapa elemen interaktif bagi menjadikannya lebih daripada sekadar model pameran. Antaranya, butang Power dan Open boleh ditekan, manakala alat kawalan boleh disambungkan pada konsol seperti versi asal.

PS LEGO 2
PS LEGO 8.jpg

Di bahagian dalam pula tersembunyi dua diorama kecil berdasarkan game klasik PlayStation, iaitu Gran Turismo dan Ape Escape. Kedua-duanya boleh dikeluarkan untuk dipamerkan secara berasingan.

PS LEGO 1
PS LEGO 5.jpg
PS LEGO 9.jpg

Diorama Gran Turismo menampilkan trek mini bersama kereta kecil, sementara Ape Escape pula membawa suasana pulau serta elemen helmet monyet yang boleh ditukar antara lampu merah dan biru.

Set ini disasarkan kepada peminat dewasa dengan penarafan 18+, sesuai dengan pendekatan LEGO yang semakin banyak menghasilkan set berasaskan produk teknologi, konsol dan francais nostalgia.

Bagi pasaran Malaysia, LEGO sudah menyenaraikan set tersebut pada harga RM699.90.

PS LEGO 3

Jualan awal untuk ahli LEGO Insiders akan bermula pada 1 Oktober 2026, sebelum dibuka kepada semua pada 4 Oktober.

Kemunculan set ini hadir selepas lebih tiga dekad PlayStation diperkenalkan, sekali gus menjadikannya antara produk koleksi yang menyasarkan peminat yang membesar dengan konsol generasi pertama Sony.

Berkaitan

  • “Akan Teruskan Peralihan Secara Berhati-Hati” - Sony Kekal Dengan Keputusan Hentikan Pengeluaran Cakera PlayStation
  • Nak Tambah Game R18+ Ke Library, Pengguna PlayStation Australia Perlu Sahkan Umur

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY