Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AgiBot A2

Robot China Cipta Rekod Dunia Guinness Berjalan Lebih 100Km Selama 3 Hari

Diterbitkan November 25, 2025 oleh ariff bukhari

China mencatat sejarah baharu dalam bidang robotik apabila robot humanoid AgiBot A2 berjaya menyelesaikan cabaran perjalanan lebih 100 kilometer selama tiga hari tanpa dimatikan.

Ia sekali gus menjadi jarak terpanjang pernah direkodkan bagi sebuah robot humanoid.

Menurut Rekod Dunia Guinness, robot setinggi 169 sentimeter itu memulakan perjalanannya dari Suzhou pada 10 November, melalui lebuh raya dan jalan bandar sebelum tiba di kawasan ikonik The Bund, Shanghai, pada 13 November 2025.

Robot China Cipta Rekod Dunia Guinness Berjalan Lebih 100Km Selama 3 Hari
Rekod rasmi jarak perjalanan yang dicatatkan AgiBot A2 ialah sejauh 106.286 kilometer.

Robot ini melalui laluan yang kompleks termasuk kawasan bandar, lebuh raya dan jambatan, mengatasi cabaran seperti pertukaran siang-malam dan persekitaran cahaya rendah.

AgiBot A2 telah menjalani proses pengoptimuman intensif antara April hingga Mei 2025 bagi memastikan ia mampu beroperasi berjam-jam tanpa terjatuh.

Pada 17 Ogos, robot ini turut berjaya menamatkan sesi berjalan autonomi selama 24 jam dalam suhu hampir 40°C, yang disiarkan secara langsung.

Robot China Cipta Rekod Dunia Guinness Berjalan Lebih 100Km Selama 3 Hari
Antara model robot lain yang dibangunkan Agibot Innovation.

AgiBot A2 dibangunkan oleh Agibot Innovation (Shanghai) Technology Co., Ltd. (China). Antara spesifikasi utama robot ini ialah berketinggian 169cm, berat 69kg dan dimuatkan bateri 700wh.

Kejayaan menamatkan cabaran lebih 100 kilometer ini menandakan satu pencapaian besar dalam keupayaan robot humanoid, membuktikan potensi mereka untuk tugasan dunia sebenar yang memerlukan ketahanan, kestabilan dan autonomi tinggi.

Berkaitan

  • XPENG Dedah Robot Humanoid Paling Realistik Di Dunia
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY