Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Mula Guna Robot AI Untuk Kawal Lalu Lintas

China Mula Guna Robot AI Untuk Kawal Lalu Lintas

Diterbitkan Disember 9, 2025 ยท Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh ariff bukhari

China mula menugaskan robot humanoid bernama Hangxing No.1 di persimpangan sibuk Binsheng Road, Hangzhou.

Robot setinggi 1.8 meter ini dilengkapi kamera, sensor, sistem isyarat tangan seperti polis, serta wisel digital.

Ia berfungsi mengawal aliran kenderaan, motosikal dan pejalan kaki, sambil menyelaras arahan dengan lampu trafik.

Selain itu, robot ini mampu mengesan pelanggaran undang-undang seperti penunggang tanpa topi keledar, pemandu melanggar garisan henti, dan pejalan kaki melintas ketika lampu merah.

Apabila kesalahan dikesan, ia memberi amaran suara dan merekod insiden dan menghantarnya ke pangkalan data polis.

Robot itu mampu beroperasi antara 6 hingga 8 jam menggunakan bateri yang boleh ditukar secara kendiri.

Hangxing No. 1 1
Robot ini dibangunkan bersama Unit Taktikal Polis Trafik Hangzhou dan mula diuji di jalan raya utama bandar tersebut. Ia beroperasi dalam dua mod: mengarah kenderaan di tengah jalan dan membimbing di persimpangan.

Pada peringkat awal, pegawai polis ditempatkan berhampiran untuk campur tangan jika perlu.

Penduduk tempatan menyambut baik inovasi ini kerana ia meningkatkan disiplin pengguna jalan raya dan berpotensi mengurangkan kos tenaga kerja polis.

Pada masa depan, Hangxing No.1 dijangka dilengkapi model bahasa besar untuk interaksi suara dan kawalan arahan, menjadikannya lebih mesra pengguna serta efisien dalam pengurusan trafik bandar.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Kawasaki Berkaki Empat Akan Dijual Seawal 2035
  • Pertanian Di Malaysia Bakal Dipacu Robot Humanoid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY