Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Robert Pattinson Dijangkiti Coronavirus, Penggambaran ‘The Batman’ Berhenti Seketika

Robert Pattinson Dijangkiti Coronavirus, Penggambaran ‘The Batman’ Berhenti Seketika

Diterbitkan September 4, 2020 oleh Nadiah Ab

robert pattinson

Warner Bros. telah memberhentikan seketika penggambaran filem The Batman setelah Robert Pattinson dilaporkan dijangkiti coronavirus.

Dalam satu kenyataan, jurucakap dari produksi tersebut berkata, “A member of The Batman production has tested positive for Covid-19 and is isolating in accordance with established protocols.” Tambahnya lagi, “Filming is temporarily paused.”

Vanity Fair melaporkan sumber terdekat dari filem tersebut mengatakan Pattinson, bintang utama, adalah orang yang dimaksudkan, yang telah dijangkiti Covid-19.

Fotografi utama untuk filem yang dinanti-nantikan itu bermula Januari lalu, walaupun penggambaran telah ditangguhkan pada bulan Mac disebabkan wabak itu. Penggambaran baru-baru ini disambung semula di UK dengan tujuan untuk ditayangkan pada Oktober 2021.

Tiada kepastian tentang berapa lama penangguhan sementara pada penggambaran atau apa kesannya terhadap jadual tayangan, tetapi dikhabarkan pihak produksi merancang untuk menyelesaikan penggambaran pada akhir tahun 2020.

Berita ini datang kurang dari dua minggu setelah video acah pertama untuk filem ini dilancarkan di DC Fandome. Robert Pattinson membintangi filem ini bersama Zoë Kravitz, Jeffrey Wright, John Turturro, Andy Serkis, dan Colin Farrell antara lain.

Sumber: Vanity Fair & The Guardian

Baca lagi: No Time To Die – Lihat Video Acah Terbaru Filem James Bond

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY