No Time To Die - Lihat Video Acah Terbaru Filem James Bond

Video acah terbaru filem No Time to Die dilancarkan semalam dan menampilkan misi yang "mengubah segalanya".

Video penuh aksi itu banyak menampilkan antagonis Safin (Rami Malek) dan rancangannya yang mungkin mengubah dunia. "We both eradicate people to make the world a better place. I just want to be a little tidier," kata Safin kepada Bond.

no time to die

Dalam video itu juga, Nomi (Lashana Lynch) mengatakan, "He's going to kill millions", barangkali merujuk kepada Safin, bukan 007. Bond kemudian menjawab dengan memberi amaran, "If we don't do this, there will be nothing left to save."

Filem terakhir Daniel Craig sebagai 007 menyaksikan Bond sudah lima tahun bersara berikutan peristiwa Spectre. Walaupun begitu, dia terpaksa berkhidmat untuk membantu rakan sekutunya dari American CIA, Felix Leiter (Jeffrey Wright) untuk mengesan seorang saintis (Valdo Obruchev) yang telah diculik oleh pengganas.

Tetapi tentunya tidak akan semudah itu untuk Bond, bukan?

Penglibatan dari musuhnya, Ernst Stavro Blofeld (Christoph Waltz) dan Safin menimbulkan konflik terhadap hubungan dengan kekasihnya, Dr Madeleine Swann (Léa Seydoux). Dan nampaknya Bond dan Blofeld harus bekerjasama kali ini, di mana Blofeld ada menyatakan, "James, fate draws us back together. Now, your enemy is my enemy."

https://www.youtube.com/watch?v=vw2FOYjCz38

Filem ke-25 dari francais James BondNo Time to Die telah ditangguhkan dari Mac ke November. Nantikan tayangannya di Malaysia pada 12 November 2020.

Sumber: CNN & The Guardian

Baca lagi: The King’s Man Ditangguhkan Sekali Lagi Ke Februari 2021