Video Acah Pertama 'The Batman' Memperlihatkan Robert Pattinson Sebagai Dark Knight

Filem Batman lakonan Robert Pattinson yang akan datang, The Batmanadalah salah satu filem DC yang dinanti-nantikan. Baru-baru ini, pengarah Matt Reeves melancarkan video acah pertama filem itu yang menampilkan Robert Pattinson sebagai Dark Knight.

https://youtu.be/NLOp_6uPccQ
Produksi The Batman

Produksi The Batman terpaksa dihentikan disebabkan oleh pandemik Covid-19, namun Matt berjaya menghasilkan pandangan pertama filemnya yang cukup baik pada konvensyen maya FanDome DC. Seperti biasa di Kota Gotham, jenayah semakin berleluasa, dan ada kuasa jahat yang berusaha menewaskan Batman.

the batman

Kali ini, filem ini berlaku sekitar dua tahun dalam karier Bruce Wayne sebagai Batman, ketika beliau hanyalah seorang vigilante bertopeng. Matt menekankan bahawa Batman masih belum menjadi Batman, dan ada orang yang masih takut kepadanya.

Video acah itu juga memperkenalkan beberapa watak utama lain, termasuk Jeffrey Wright sebagai James Gordon dan juga Zoë Kravitz sebagai Catwoman. Matt turut menyatakan kebanyakan watak ini juga masih belum betul-betul menjadi karakter mereka. Sebagai contoh, Selina Kyle yang masih belum menjadi Catwoman. Malah, kedua-dua The Riddler dan The Penguin juga masih di peringkat awal karier penjenayah mereka.

Boleh dikatakan perkara yang mengejutkan dari video acah ini adalah Matt memfokuskan pada karakter Bruce Wayne dan bukan Batman. Seperti yang umum tahu, Batman sering ditampilkan sebagai karakter playboy kaya seperti yang dilakonkan oleh Christian Bale, Michael Keaton, dan juga Ben Affleck.



Boleh dilihat pada video tersebut bahawa lakonan Robert menampilkan karakter Bruce Wayne yang tidak kemas dan juga kelihatan sedikit goth. Menurut Matt, "Without being an origin story for him, it’s something that touches upon his origins."

Matt Reeves telah berkongsi beberapa perincian sebelum ini, termasuk pendedahan pertama pada kostum Batman dan juga gambar Batmobile yang baru.

https://twitter.com/mattreevesLA/status/1235261421425958912
Tayangan The Batman

Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk ditayang pada 21 Jun 2021, namun kerana wabak Covid-19, produksi dan penerbitan filem terpaksa ditangguhkan.

Akhirnya, filem The Batman ditunda tayangannya sehingga 1 Oktober 2021. Tentunya penundaan itu bukanlah satu berita gembira bagi peminat dan pengikut siri Batman, namun pastinya dengan penuh harapan, penantian itu akan menjadi penantian yang berbaloi.

Sumber: Insider & EW

Baca seterusnya: Filem Aksi Terbaik Sepanjang Zaman: Bahagian 3