Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RM1200 Hingga RM2324 – Inilah Harga Skrin Paparan Gantian Dan Baik Pulih iPhone X

RM1200 Hingga RM2324 – Inilah Harga Skrin Paparan Gantian Dan Baik Pulih iPhone X

Diterbitkan Oktober 31, 2017 oleh Helmi Samsuri

Walaupun dijual dengan harga lebih mahal berbanding keluaran yang lain, itu tidak menghalang pembeli dari mendapatkan iPhone X. Difahamkan hanya beberapa minit pembelian secara pra-tempah dibuka di beberapa buah negara, peranti itu habis terjual.

Penjualan terpantas dikatakan berlaku di China dimana iPhone X berjaya terjual hanya dalam masa 5 saat selepas ia dibuka. Tetapi itu belum cukup untuk mengejutkan anda kerana, kos gantian dan baik pulih untuk iPhone X adalah sekitar~RM1200 hingga mencecah angka lebih dari .~RM2300.

Cas tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu $279 (~RM 1181) skrin paparan OLED gantian manakala untuk membaiki lain-lain kerosakan akan dikenakan cas sebanyak $549 (~RM2324).

RM1200 Hingga RM2324 – Inilah Harga Skrin Paparan Gantian Dan Baik Pulih iPhone X

Ya itulah harga yang perlu anda bayar sekiranya anda membeli iPhone X tanpa perlindungan AppleCare+. Menerusi servis perlindungan AppleCare+, kos baik pulih mampu diserap sehingga $29 (~RM 123) skrin gantian dan $99 (~RM 420) baiki lain-lain kerosakan. Harga yang tertera ini hanyalah untuk pengguna Amerika Syarikat dan sudah pasti untuk pengguna di Malaysia ia boleh menjangkau angka yang lebih tinggi lagi.

RM1200 Hingga RM2324 – Inilah Harga Skrin Paparan Gantian Dan Baik Pulih iPhone X

Sumber: Apple Support via Amanz, 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY