Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
phishing scam

RM1.12 Bilion Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian – KDN

Diterbitkan Ogos 14, 2025 · Dikemas kini Ogos 14, 2025 oleh Amalina Athman

Jumlah kerugian kewangan akibat jenayah penipuan dalam talian (online scam) di Malaysia mencecah RM1.12 bilion, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata bagi mengekang jenayah itu, kerajaan telah memperkukuh peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebagai pusat sehenti yang beroperasi 24 jam dengan perkhidmatan end-to-end.

Sebelum ini, mangsa scam perlu membuat laporan polis secara fizikal di balai polis selepas membuat aduan melalui talian 997. Kini, laporan boleh dibuat terus melalui panggilan ke talian tersebut tanpa perlu hadir ke balai polis.

Sebagai tambahan, NSRC kini diletakkan di bawah kawal selia KDN dan diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara langkah lain termasuk strategi dan kerjasama antarabangsa seperti menyertai Konvensyen Budapest dan menandatangani Konvensyen PBB berkaitan jenayah siber.

Kerajaan turut meminda undang-undang bagi membanteras jenayah siber, memperkenalkan inisiatif portal Semakmule 2.0, menubuhkan unit khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) serta melaksanakan pelbagai program kesedaran dan pendidikan.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • NSRC Kini Diurus PDRM, Panggilan 997 Dikira Laporan Polis
  • WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani 'Scammer'
  • Manipulasi Kod QR Jadi Taktik Scammer Curi Maklumat Sensitif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY