Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NSRC Kini Diurus PDRM, Panggilan 997 Dikira Laporan Polis

Posted on Julai 16, 2025Julai 16, 2025

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) secara rasmi kini diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan ia sebagai langkah strategik bagi memperkukuh tindak balas terhadap jenayah penipuan kewangan dalam talian yang semakin berleluasa.

Menurut beliau, sebelum ini tiada satu agensi peneraju jelas dalam NSRC yang terdiri daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), PDRM, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Susulan perubahan ini, PDRM akan mengendalikan operasi NSRC sepenuhnya, dengan talian 997 dikekalkan dan beroperasi 24 jam.

Panggilan Dijadikan Laporan Polis

Sebelum ini, pemanggil ke talian 997 hanya memberikan butiran sebelum diminta hadir ke balai polis untuk membuat laporan. Namun kini, setiap panggilan yang dibuat ke talian NSRC secara automatik akan dijadikan sebagai laporan polis.

Seorang mangsa membuat panggilan kemudian, pusat panggilan terima panggilan, kemudian dia akan diminta memberikan butiran. Kemudian pusat panggilan ini, NSRC akan menghubungi pihak bank, kemudian arahkan supaya akaun ditutup. Seterusnya, pemanggil itu diminta pergi balai polis tolong pergi buat laporan. Pada pemanggil, aku dah call sebagai laporan, tetapi sekarang tidak seperti itu. Perbezaan kita adalah sekarang ini, panggilan dia buat itu akan jadikan sebagai laporan polis.

Saifuddin berkata buat masa ini, penugasan NSRC akan dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan 139 jawatan baharu bakal diwujudkan untuk pengoperasian di pusat itu.

Selain itu, satu lokasi baharu turut dikenal pasti bagi menempatkan pejabat NSRC berbanding lokasi sedia ada di BNM, Kuala Lumpur.

Terdahulu, NSRC ditubuhkan pada 14 Oktober 2022 sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian merangkumi pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.

{suggest}

Sumber: Berita RTM, Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress