Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ricoh GR IV

Ricoh GR IV Sah Tiba Tahun Ini, Bawa Perubahan Besar Selepas 6 Tahun

Diterbitkan Mei 22, 2025 · Dikemas kini Mei 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Ricoh Imaging secara rasmi mengumumkan pembangunan Ricoh GR IV, kamera kompak premium terbaru dalam siri GR yang cukup ikonik.

Selepas enam tahun tanpa model utama baharu, hanya variasi seperti GR IIIx, Street Edition, Urban Edition dan siri GR III HDF. Jadi, GR IV hadir sebagai kemas kini besar yang menggabungkan banyak peningkatan penting.

Siri GR memang terkenal dengan tiga elemen utama, iaitu kualiti gambar tinggi, respon pantas dan mudah dibawa. Ricoh kekalkan prinsip itu dalam GR IV, tetapi kali ini mereka ubah banyak komponen utama.

Ricoh GR IV Sah Tiba Tahun Ini, Bawa Perubahan Besar Selepas 6 Tahun

Kamera tersebut kini dilengkapi lensa baharu 18.3mm f/2.8 dengan struktur optik 7 elemen dalam 5 kumpulan termasuk 3 elemen asferik. Bukan sekadar kemas kini kecil, ini memang reka bentuk dari awal.

Sensor pun dinaik taraf. GR IV pakai sensor APS-C CMOS 25.74MP, jauh lebih besar dari 24MP dalam GR III. Dipadankan dengan enjin pemprosesan baharu yang belum diumumkan, imej dijangka lebih tajam, ISO tinggi (100~204800), dan lebih dinamik.

Tambahan pula, sistem penstabilan imej 5-paksi (SR) kini disertakan, yang sebelum ini tiada dalam GR III.

Kelajuan shutter juga diberi perhatian. GR IV mampu merakam dari 1/4000 saat hingga 30 saat, lengkap dengan mod Bulb dan Time untuk masa dedahan (exposure) panjang sehingga 20 minit. Had maksimum bergantung pada bukaan.

Jika gunakan f/2.8, hadnya 1/2500 saat, manakala f/5.6 dan ke atas boleh capai 1/4000 saat. Gabungan ini dengan penstabil imej memberi ruang lebih luas untuk rakaman dalam pelbagai keadaan cahaya.

Ricoh GR IV Sah Tiba Tahun Ini, Bawa Perubahan Besar Selepas 6 Tahun

GR IV juga lebih moden dari segi sambungan. Ia menyokong Wi-Fi 2.4GHz dan 5GHz, lengkap dengan aplikasi baharu GR WORLD untuk kawalan dan pemindahan fail, serasi dengan semua model selepas GR II.

Model ini juga ada storan dalaman sebesar 53GB, paparan belakang sentuh 3.0 inci 1037K-dot, dan rakaman video Full HD hingga 60p.

Ciri lain termasuk mod Full Press Snap, penyesuaian warna mendalam, simulator filter AA, dan sistem autofokus hibrid dengan pengesanan wajah dan mata. Fungsi-fungsi kreatif seperti Negative Film, HDR Tone dan Crop 35mm serta 50mm juga dikekalkan.

Sebagai tambahan, Ricoh turut sahkan satu lagi varian GR IV yang akan hadir dengan Highlight Diffusion Filter (HDF) seperti dalam GR IIIx HDF. Model ini dijangka keluar selepas musim sejuk 2025.

Sementara itu, pengeluaran GR III akan dihentikan Julai ini, tetapi GR IIIx masih akan diteruskan buat masa ini.

Ricoh GR IV dijadualkan dilancarkan musim luruh 2025 (sekitar pertengahan September) dan akan dipamerkan buat pertama kali di GR SPACE Tokyo, Beijing dan Shanghai bermula 31 Mei 2025.

Untuk peminat street photography yang perlukan kamera kompak dengan prestasi setaraf DSLR, GR IV mungkin jadi pilihan terbaik Ricoh setakat ini.

Cuma, pastikan kena sentiasa ada stok dan saya menjangkakan harganya mungkin naik berbanding model terdahulu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Canon Lancar Kamera VLOG Terbaru, PowerShot V1 Berharga RM3,999
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Kamera Minimalis Sigma BF Dijual Pada Harga Bermula RM9,688
  • Sony Xperia 1 VII Dah Tiba – Kamera Besar, Audio WALKMAN & Kemas Kini 6 Tahun

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY