Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sigma bf

Kamera Minimalis Sigma BF Dijual Pada Harga Bermula RM9,688

Diterbitkan April 23, 2025 ยท Dikemas kini April 23, 2025 oleh Amsyar Latif

Dilancarkan Februari lalu, Sigma kini membawa masuk Sigma BF, kamera tanpa cermin bingkai penuh dengan reka bentuk minimalis ke Malaysia. Kamera ini direka dengan struktur unibody daripada satu blok aluminium, pertama dalam industri yang menawarkan ketahanan tinggi dan berat ringan, hanya 446g.

Sigma BF dilengkapi sensor CMOS bingkai penuh 24.6MP, storan dalaman 230GB (tanpa kad memori tambahan), serta rakaman video 6K dengan mod L-Log untuk julat dinamik lebih luas. Ia turut mempunyai sistem autofokus hibrid dengan teknologi pengesanan subjek manusia, anjing, dan kucing yang pantas serta tepat.

sigma bf harga

Dengan kawalan minimalis, kamera ini mempunyai tiga butang utama, satu dial, serta antara muka haptik yang intuitif. Terdapat juga 13 mod warna kreatif untuk penggayaan imej yang unik. Kamera ini menyokong pelbagai pilihan lensa melalui L-Mount.

Sigma BF kini boleh diprapesan di Malaysia pada harga:

  • RM9,688 (badan kamera sahaja)
  • RM12,688 (pakej badan kamera + lensa 35mm F2 DG)

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Sigma BF, Kamera Tanpa Cermin Bingkai Penuh Dengan Rekaan 'Unibody' Dan Minimalis
  • vivo X200 Ultra Rasmi Dengan Dua Cip Fokus Fotografi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY