Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CANON PowerShot V1

Canon Lancar Kamera VLOG Terbaru, PowerShot V1 Berharga RM3,999

Diterbitkan Mac 27, 2025 · Dikemas kini Mac 27, 2025 oleh ariff bukhari

Canon hari ini mengumumkan kamera kompak terbaru berkuasa, PowerShot V1 dengan keupayaan rakaman video 4K 60p UHD menerusi sensor CMOS 22.3MP.

Kamera ini dilengkapi ciri seperti zoom ultra-lebar, penstabil imej, dan Dual Pixel CMOS AF II untuk memastikan kandungan yang jelas dan lancar.

Malah ia terbina dengan kipas penyejuk terbina dalam, memanjangkan masa rakaman, manakala ciri Smooth Skin Mode memastikan penampilan terbaik dalam setiap rakaman.

PowerShot V1 Front Slant Right Lens Wind
PowerShot V1 disertakan dengan penghadang angin yang mengurangkan bunyi yang tidak diingini yang disebabkan oleh angin atau pernafasan, memastikan audio tajam dan jelas.
PowerShot V1 Slant Front Top Lens LCD
PowerShot V1 juga dilengkapi monitor LCD belakang skrin sentuh yang boleh diputar.

PowerShot V1 juga seringan 426g yang memudahkan ia dibawa dan dipegang sebelah tangan sahaja dengan cengkaman ergonomik yang selesa.

Reka bentuk seimbangnya mengurangkan keletihan, membolehkan rakaman vlog dinamik atau video pegang tangan dengan lebih lancar dan stabil.

Selin itu, ia juga menyokong sambungan berwayar (USB-C) mahupun tanpa wayar (Wi-Fi/Bluetooth)  untuk memuat turun fail video atau imej daripada kamera atau membuat aktiviti penstriman video langsung.

Ketahui lebih lanjut tentang spesifikasi dan ciri-ciri lain Canon PowerShot V1 ini yang berharga RM3,999 (akan tersedia di pasaran tempatan bermula April ini) di laman rasmi Canon Malaysia.

Berkaitan

  • Canon Lancar Lensa 'Mata Ikan' Berkembar Untuk VR
  • Canon EOS R5 Mark II Kini Di Malaysia, Dijual Pada RM18,999
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY