Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grab rembayung

Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu ‘Booking’ Setiap Dua Minggu

Diterbitkan November 2, 2026 · Dikemas kini November 2, 2026 oleh Amsyar Latif

Restoran Rembayung milik Khairul Aming kini menggunakan aplikasi Grab untuk tempahan meja. Setiap pengguna Grab yang disahkan hanya boleh membuat satu tempahan dalam tempoh dua minggu.

Khairul Aming mengumumkan perkara itu di media sosial pada 2 November 2026. Menurutnya, sistem baharu hasil kerjasama dengan Grab ini bertujuan mengurangkan masalah scalper yang menjual semula slot tempahan restoran tersebut.

Selain had tempahan, tempahan juga tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Pelanggan wajib membawa telefon yang digunakan untuk membuat tempahan dan membuka aplikasi Grab sebelum masuk ke restoran. Tangkap layar tidak diterima sebagai bukti tempahan.

Tempahan dibuat melalui ciri Book a Table dalam menu Dine Out pada aplikasi Grab. Pengguna perlu mencari Rembayung Kampung Baru, kemudian memilih tarikh, masa dan jumlah pelanggan.

Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu ‘Booking’ Setiap Dua Minggu
Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu ‘Booking’ Setiap Dua Minggu
Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu ‘Booking’ Setiap Dua Minggu

Berdasarkan video panduan yang dikongsi Khairul Aming, bayaran tempahan ialah RM10 bagi setiap orang dan jumlah itu akan ditolak daripada bil makanan. Kanak-kanak dan bayi juga dikira, dan satu tempahan boleh memuatkan sehingga lapan orang.

Tempahan yang telah dibuat melalui sistem terdahulu, Umai, kekal sah. Sistem Grab hanya terpakai untuk tempahan baharu.

Pengumuman ini menyusul langkah Khairul Aming pada September lalu. Ketika itu, beliau memaklumkan Rembayung sedang menguji sistem baharu untuk menggantikan Umai, dan tempahan bagi 5 Oktober dan seterusnya ditutup sementara sehingga sistem itu diperkenalkan.

Isu scalper sudah wujud sejak Rembayung mula menerima tempahan pada Januari 2026. Pada sesi pertama, laman web tempahannya gagal berfungsi kerana trafik terlalu tinggi, walaupun sekitar 3,000 tempahan sempat diterima. Selepas itu, terdapat laporan slot tempahan dijual semula pada harga jauh lebih tinggi daripada deposit asal.

Rembayung terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, dan hanya menerima pelanggan yang membuat tempahan. Walk-in tidak dibenarkan.

Khairul Aming berharap isu scalper akan berkurang dengan sistem tempahan baharu ini.

https://www.instagram.com/reel/DfOmjnNTfuA/?utm_source=ig_web_copy_link&psln=NTc4MTIwNjQ2YQ==

Berkaitan

  • Grab Lancar Roboteksi Di Singapura, Teksi Tanpa Pemandu Kini Beroperasi Di Punggol
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY