Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rekod Dunia Swafoto Terbanyak Pernah Dimiliki The Rock Kini Dipegang Aktor Popular Bollywood

Rekod Dunia Swafoto Terbanyak Pernah Dimiliki The Rock Kini Dipegang Aktor Popular Bollywood

Diterbitkan Februari 27, 2023 · Dikemas kini Februari 27, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda masih ingat, Rekod Dunia Guinnes untuk swafoto potret paling banyak di dunia telah dicipta oleh pelakon Hollywood terkenal iaitu Dwayne ‘The Rock’ Johnson (The Rock) pada 21 Mei 2015 dahulu.

Hanya dengan menggunakan iPhone milik beliau, The Rock berjaya mencatatkan sebanyak 105 swafoto dalam tempoh 3 minit bersama para peminatnya ketika di acara karpet merah pelancaran filem lakonannya berjudul ‘San Andreas‘ di London Odeon Leicester Square, UK.

Tetapi rekod itu telah dipecahkan pada 22 Januari 2018 dahulu oleh James Smith dari Amerika Syarikat di mana beliau telah berjaya merakam sebanyak 168 swafoto.

Kini sekali lagi, Rekod Dunia Guinnes itu sekali lagi telah dipecahkan dengan kali ini ia dilakukan oleh aktor popular Bollywood bernama Akshay Kumar.

Pelakon India itu telah memecahkan rekod swafoto sebelum ini dengan mengambil masa hanya dalam masa tiga minit untuk menghasilkan sebanyak 184 swafoto secara keseluruhan.

Rekod itu dibuat di Mehboob Studios di Mumbai, di mana lebih daripada 240 peminat beliau telah berkumpul untuk peluang memecahkan rekod dunia dengan idola mereka.

Percubaan Akshay untuk mencuba rekod itu adalah bagi mempromosikan filem terbarunya yang akan datang bertajuk Selfiee yang ditayangkan di pawagam pada 24 Februari ini.

Berkaitan

  • Inilah Foto Pertama Yang Dimuat Naik Ke Dalam Instagram 11 Tahun Dahulu
  • The Rock Pernah Pegang Rekod Dunia, Selfie Paling Banyak Dalam Tempoh 3 Minit
  • Kerajaan Mahu MySejahtera Jadi Aplikasi 'Super Apps' Kesihatan

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY