Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
the rock

The Rock Pernah Pegang Rekod Dunia, Selfie Paling Banyak Dalam Tempoh 3 Minit

Diterbitkan Januari 20, 2022 · Dikemas kini Januari 20, 2022 oleh ariff bukhari

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon hebat Hollywood, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, ‘The Rock‘. Beliau merupakan salah seorang aktor superstar yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood.

Tidak sekadar hebat berlakon dan beraksi di medan gusti, tahukah anda bahawa Dwayne Johnson juga adalah pemegang Rekod Dunia Guinnes untuk swafoto potret paling banyak di dunia ketika ini.

Rekod tersebut dicatat beliau di acara karpet merah pelancaran filem lakonannya berjudul ‘San Andreas‘ di London Odeon Leicester Square, UK pada 21 Mei 2015 dahulu.

Hanya dengan menggunakan iPhone milik beliau, The Rock berjaya mencatatkan sebanyak 105 swafoto dalam tempoh 3 minit bersama para peminatnya di acara tersebut.

Walaupun jumlah swafoto yang dibuat adalah lebih daripada jumlah itu, tetapi imej-imej swafoto yang dirakam itu ditolak oleh panel penilai Rekod Dunia Guinnes kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, rekod dunia swafoto potret paling banyak itu hanya berjaya menjadi milik beliau kurang dari 3 tahun.

Ini kerana pada 22 Januari 2018, rekod tersebut telah dipecahkan oleh James Smith dari Amerika Syarikat di mana beliau mencatatkan sebanyak 168 swafoto yang dibuat beliau di atas kapal pelayaran Carnival Dream.

Sumber: sportskeeda, 1 Guinness World Records, 2 Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY