Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga redmi watch 3 malaysia

Redmi Watch 3 Dijual Untuk RM429 – AMOLED 60Hz, Boleh Jawab Panggilan Dengan Bluetooth

Diterbitkan April 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Redmi Watch 3 menjadi salah satu peranti diperkenal dalam acara pelancaran oleh Xiaomi semalam. Siri Redmi Note 12 juga sama diperkenal, anda boleh baca artikel INI.

Pertama sekali, paparan berbentuk petaknya bersaiz 1.75″ dan daripada jenis AMOLED. Kecerahannya setinggi 600 nit dengan ketajaman 341 PPI bersama kadar segar 60Hz.

harga redmi watch 3 malaysia 4

Ia juga menyokong paparan kekal (always-on-display). 200 muka jam tersedia untuk dipilih. Bingkainya tampil dengan kemasan logam.

Seperti jam pintar dan penjejak kesihatan lain juga, ia mampu mengukur Sp02 dan degupan jantung 24/7, memantau kualiti tidur dan kalis air sehingga 5 ATM.

harga redmi watch 3 malaysia 3

Bukan saja menyokong 200 lebih mod sukan, tapi juga boleh digunakan untuk menjawab panggilan melalui sambungan Bluetooth.

Ini bermakna anda boleh gunakan peranti pintar ini untuk jawab call tanpa perlu menggunakan telefon seperti sedang memandu atau sebagainya.

harga redmi watch 3 malaysia 6

Bagi penjejakan pula, ia disertaka 5 sistem pendudukan iaitu GLONASS, GPS, Galileo, BDS dan QZSS lantas mampu membantu mendapatkan posisi yang lebih tepat.

harga redmi watch 3 malaysia 2

Menariknya, ia mempunyai satu macam tali “memory loop” untuk memudahkan anda memakainya setiap kali kerana kekal pada posisi sama.

harga redmi watch 3 malaysia 1

Untuk bateri pula, ia mampu bertahan selama 12 hari.

Berkaitan

  • (Ulasan) HONOR Magic5 Pro - Kamera Handal Tanpa Sensor 1"
  • Siri Redmi Note 12 Lancar Di Malaysia, Bermula RM659 Untuk 120Hz AMOLED
  • realme 10 Pro 5G Edisi Coca-Cola Rasmi Di Malaysia Pada 12 April Ini
  • Xiaomi Bawa Masuk 4 Kamera "CCTV" Ke Malaysia, Harga Bermula RM149
  • Xiaomi 13 Ultra Sah Akan Hadir Untuk Pasaran Global

Redmi Watch 3 dijual pada harga RM429 di Malaysia. Jika berminat, anda boleh dapatkannya di Shopee melalui pautan INI atau Lazada di SINI dengan harga promosi RM399.

Spesifikasi lebih mendalam pula ada di laman web Xiaomi.

Sumber:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY