Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Binaan Seperti Peranti Bangsawan Tapi Dijual Pada Harga Pertengahan

Redmi Sah Akan Hadir Dengan Kamera 64MP, Xiaomi Bakal Guna Kamera 108MP

Diterbitkan Ogos 7, 2019 · Dikemas kini Ogos 8, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sepertimana yang telah dilaporkan sebelum ini, Redmi hari ini akhirnya mempertontonkan teknologi kamera 64MP yang bakal digunapakai pada peranti mereka.

Pada acara Xiaomi Future Image Technology Communication Conference yang berlangsung di Beijing hari ini, pengeluar memberi penerangan yang memfokuskan kepada teknologi sensor 64MP Samsung ISOCELL GW1, sementara perincian mengenai peranti masih belum didedahkan lagi.

Redmi Sah Akan Hadir Dengan Kamera 64MP, Xiaomi Bakal Guna Kamera 108MP

Penggunaan sensor itu pada peranti Redmi akan dikuatkan lagi dengan ciri seperti Smart ISO, Hybrid 3D HDR dan ISOCELL Plus untuk meningkatkan lagi penghasilan warna. Penawaran peranti pertama yang dilengkapi dengan sensor 64MP ini akan dibuat sekitar suku ke-4 tahun ini dan pelancarannya akan dilakukan di India.

Selain daripada penerangan tentang kamera 64MP bagi peranti Redmi, Xiaomi juga tidak ketinggalan dengan memberi bayangan bakal menjadi pengeluar pertama peranti berkamera 108MP, sensor keluaran Samsung.

Big news: Xiaomi announced that it will first adopt Samsung’s 108MP ISOCELL CMOS! pic.twitter.com/zYHQllNesq

— Ice universe (@UniverseIce) August 7, 2019

Menurut kicauan dari @UniverseIce, model pertama yang akan diberi kelengkapan kamera tersebut adalah Mi Mix 4. Namun begitu, ia hanyalah khabar angin yang kedengaran setakat ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY