Redmi Note 5 Dikatakan Tertiris, Mungkin Hadir Dengan Paparan 18:9

Khabar angin mengenai Redmi Note 5 kini timbul lagi dan yang terbaru, ia dikatakan telah muncul pada OppoMart iaitu penjual dalam platform e-Dagang China, JD.com.

Berdasarkan informasi yang dipaparkan oleh penjual itu, Redmi Note 5 bakal hadir dengan skrin berbingkai nipis 5.99 inci dan nisbah paparan 18:9 yang mampu menawarkan resolusi HD penuh.

Peranti itu turut didakwa bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 625. Ia berlawanan dengan spekulasi sebelum ini yang mana ia dikatakan menggunapakai Snapdragon 636 atau Snapdragon 660.



Maklumat tertiris yang baru ini turut membayangkan Redmi Note 5 juga tidak akan mempunyai dwi kamera utama dengan hanya satu lensa 12MP di bahagian belakang dan 5MP di hadapan. Dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh, difahamkan ia akan hadir dengan MIUI 9 berasaskan Android Nougat.

Selain daripada itu, dua versi mungkin ditawarkan iaitu RAM 3GB/32GB memori dan RAM 4GB/ 64GB memori.

Walaubagaimanapun, informasi yang dipaparkan sedikit meragukan kerana OppoMart sebelum ini pernah dilaporkan menyenaraikan spesifikasi yang kurang tepat.

Sumber: OppoMart