Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 5 Mungkin Hadir Dengan Bingkai Nipis Dan Snapdragon 636

Redmi Note 5 Mungkin Hadir Dengan Bingkai Nipis Dan Snapdragon 636

Diterbitkan Oktober 19, 2017 ยท Dikemas kini Oktober 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Baru-baru ini Qualcomm telah melancarkan cip pemprosesan Snapdragon 636 yang mana ia mampu membawakan sokongan paparan penuh dengan bingkai nipis (bezel less) bagi peranti kelas pertengahan.

Berdasarkan khabar angin, Redmi Note 5 bakal dilengkapi dengan cip tersebut dan beberapa foto telah tertiris ke internet. Selain itu, dikhabarkan juga siri Redmi itu akan dikeluarkan dalam dua versi; MediaTek bagi pasaran China dan Snapdragon 636 untuk pasaran global. Bagi versi MediaTek, Xiaomi mungkin memperkenalkan ia pada penghujung tahun ini, menjadikan pelancaran versi Snapdragon mungkin berlaku seawal 2018.

Jika diamati pada foto yang didakwa sebagai Redmi Note 5 diatas, Xiaomi nampaknya menaik taraf segmen pertengahan dengan skrin paparan menyeluruh dengan bingkai yang nipis. Tdak kelihatan 3 butang sesentuh dibingkai bawah dan dwi kamera utama menghiasi bahagian belakang disamping pengimbas cap jari.

Qualcomm menjanjikan 40% lebih prestasi untuk Snapdragon 636 dan ini bermakna kelas pertengahan yang akan datang akan lebih berbaloi untuk dimiliki.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY