Redmi Note 10 Dijangka Hadir Dengan Cip Dimensity 820 Dan 720

Penanda aras sebelum ini memperlihatkan Redmi Note 10 akan dikuasakan cip Dimensity 820. Terkini, Digital Chat Station menyatakan terdapat penambahan model peranti Redmi yang akan menggunakan cip Dimensity 720.

Redmi Note 10 dimensity

Terdapat kemungkinan peranti kedua ini akan dilancarkan sebagai "Redmi 10" atau Note 10 dan Note 10 Pro. Dalam pada itu, Redmi Note 10 adalah peranti pertama dalam keluarga Redmi Note yang akan menerima sokongan rangkaian 5G.

Redmi Note 10 bukanlah yang pertama menggunakan cip Dimensity 820 kerana Redmi 10X 5G telah pun menggunakan cip itu. Namun, ia hanya diperkenalkan untuk pasaran China.

Terdahulu, MediaTek telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan cip Dimensity secara global pada suku ketiga tahun ini.  Dengan itu, dijangka Redmi Note 10 adalah antara peranti yang akan dimuatkan dengan cip itu.

Sumber: GSMArena