Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
digi 5g

Digi Umum Akses 5G Bermula 10 November, Ini Senarai Pelan Yang Menyokongnya

Diterbitkan November 8, 2022 ยท Dikemas kini November 8, 2022 oleh Amalina Athman

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan akses 5G akan tersedia kepada pelanggannya bermula 10 November 2022. Sebagai permulaan, ia hanya akan ditawarkan kepada pelanggan Digi Postpaid.

Berikut adalah pelan yang ditawarkan naik taraf kepada akses 5G secara percuma, bagi pelanggan sedia ada dan baharu:

  • Digi Postpaid 90
  • Digi Postpaid 120
  • Digi Postpaid 150
  • Family Unlimited 200
  • Digi Business – Go Digi 98
  • Digi Business – Go Digi 128

Ini juga termasuk pelanggan PhoneFreedom 365 dan Pakej PowerJimat dengan pelan Digi Postpaid yang tertera di atas.

Berkaitan

  • Ini 12 Telefon Pintar Android Mampu Milik Yang Sokong 5G Malaysia Setakat November 2022
  • 12 Juta Pengguna Dijangka Nikmati Akses 5G Menjelang Akhir Tahun Ini - MenKOMM

Pelanggan Digi Postpaid yang layak boleh memilih untuk menaik taraf kepada 5G hanya dengan mengaktifkan 5G Speed Booster melalui aplikasi MyDigi mereka. Walau bagaimanapun, peranti yang digunakan perlu mempunyai sokongan 5G serta berada dalam liputan rangkaian 5G.

Digi juga menyatakan akses 5G ini akan ditawarkan secara beransur-ansur kepada lebih ramai pengguna, termasuk kepada pelanggan Digi Prepaid tidak lama lagi.

Untuk menyemak liputan 5G dan lebih banyak maklumat mengenainya, layari https://digi.my/5G.

Gambar utama: Digi

Sumber: Digi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY