Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 11_

OnePlus 11 Dilancarkan – SD 8 Gen 2, Pengecasan 100W Dan Bonggol Kamera ‘Lohong Hitam’

Diterbitkan Januari 4, 2023 · Dikemas kini Januari 4, 2023 oleh Amalina Athman

OnePlus hari ini telah mengumumkan OnePlus 11 untuk pasaran China, menjelang pelancaran global pada bulan depan.

Berkaitan

  • OnePlus Mahu Melancarkan Papan Kekunci Mekanikal
  • OnePlus 11 Akan Dilancar Pada Awal Februari 2023
  • OPPO Dan OnePlus Umum Kerjasama Strategik, OnePlus Teraju Peranti Andalan

Menyentuh spesifikasi, OnePlus 11 dilengkapi skrin melengkung 6.7-inci Samsung E4 AMOLED dengan resolusi QHD+ yang turut menyokong kadar segar semula adaptif 120Hz dan Dolby Vision.

OnePlus 11_a

Tidak mengejutkan, peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 yang digandingkan bersama LPDDR5X RAM dan storan berasaskan UFS 4.0. Ia menjalankan OxygenOS 13 yang berasaskan Android 13.

Diinspirasikan daripada ‘lohong hitam’, bonggol kamera dengan logo Hasselblad menempatkan tiga lensa yang terdiri daripada 50MP Sony IMX890 utama, 48MP ultra-lebar dan 32MP telefoto dengan 2x zum optik. Di bahagian hadapan pula diletakkan kamera swafoto 16MP.

OnePlus 11 Dilancarkan – SD 8 Gen 2, Pengecasan 100W Dan Bonggol Kamera ‘Lohong Hitam’
OnePlus 11 Dilancarkan – SD 8 Gen 2, Pengecasan 100W Dan Bonggol Kamera ‘Lohong Hitam’

Dari segi janaan kuasa, OnePlus 11 diisi dengan kapasiti bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 100W. Antara lainnya, ia didatangkan dengan sokongan 5G, WiFi 6, Bluetooth 5.3, GNSS, NFC dan USB Type-C.

Harga

Berikut adalah tanda harga OnePlus 11 yang diletakkan untuk pasaran China:

  • 12GB + 256GB – ¥3,999 (~RM2,556)
  • 16GB + 256GB – ¥4,399 (~RM2,812)
  • 16GB + 512GB – ¥4,899 (~RM3,132)

Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Emerald Green dan Volcanic Black. Untuk pasaran global, pelancaran OnePlus 11 dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2023.

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY