Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch Pro lancar

Nintendo Switch Pro Dengan Sokongan 4K Mungkin Dilancarkan Pada Tahun Ini

Diterbitkan Februari 23, 2021 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Nintendo Switch merupakan antara konsol permainan popular. Terkini, Nintendo Switch dijangka hadir dengan versi “Pro” yang lebih berkuasa serta menyokong 4K dan DLSS. Laporan turut mendedahkan model terbaru itu akan dilancarkan pada tahun ini.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan dari Nintendo jika benar wujudnya model Switch Pro yang dikatakan bakal hadir pada tahun ini.

Mengimbau kembali, kali terakhir Nintendo memperkenalkan model terbaru adalah pada Julai 2019 dengan pelancaran versi Lite. Sejak Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X dilancarkan, khabar mengenai kewujudan Nintendo Switch Pro pula seringkali diperkatakan.

Model ini juga pernah dilaporkan akan dilancarkan pada tahun lalu. Akan tetapi, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Nintendo.

Dengan itu, nantikan sahaja maklumat lebih lanjut mengenainya dari semasa ke semasa.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY