Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Fan Channel

YouTube Akan Padam Akaun Peminat Yang Tidak Mengikut Garis Panduan

Diterbitkan Jun 23, 2023 · Dikemas kini Jun 23, 2023 oleh Amalina Athman

Pengguna YouTube yang mengendalikan saluran peminat perlu menyatakan dengan lebih jelas nama saluran atau sebaliknya saluran tersebut berpotensi dipadamkan. Ia bertujuan untuk membezakan saluran berkenaan tidak mewakili pencipta kandungan asal, artis atau mana-mana entiti.

Menurut YouTube, kemas kini terhadap garis panduan penyamaran tersebut akan berkuat kuasa mulai 21 Ogos 2023.

Berkaitan

  • Syarat Dilonggarkan, Jana Pendapatan Di YouTube Akan Jadi Lebih Mudah
  • YouTube Uji "1080p Premium" Pada Telefon Android Dan Google TV

Antara yang tidak dibenarkan adalah saluran yang mendakwa sebagai akaun peminat, tetapi menyamar dan memuat naik semula kandungan daripada saluran lain.

Selain itu, YouTube juga tidak membenarkan saluran dengan nama, jenama, logo dan avatar atau banner yang sama dengan saluran lain, yang mana satu-satunya perbezaan adalah dengan menggantikan nombor sifar dengan huruf O dan sebagainya.

Di bawah garis panduan baharu ini, YouTube mengatakan ia dapat melindungi pencipta kandungan asal daripada kandungan dan saluran yang menyamar sebagai mereka.

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY