Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Akan Dikreditkan Mulai Esok – PM

Diterbitkan Januari 16, 2023 ยท Dikemas kini Januari 16, 2023 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dikreditkan secara berperingkat mulai esok, 17 Januari 2023.

Berkonsepkan Payung Rahmah sebagai inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Anwar menjelaskan, pembayaran STR Fasa 1 yang memanfaatkan 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti jadual di bawah.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Akan Dikreditkan Mulai Esok – PM

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh yang sama.

Sementara itu, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 melalui laman web Sumbangan Tunai Rahmah.

Sumber: Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY