Redmi 10X Dilancarkan - Jawapan Kepada Pengguna Yang Mahukan Peranti 5G Dengan Harga Rendah

Mahukan peranti 5G pada harga rendah? Kelihatannya Xiaomi telah mewujudkan peranti sebegini lebih awal berbanding jenama lain. Terkini, Xiaomi China telah melancarkan siri Redmi 10X yang terbaharu. Di bawah siri ini, terdapat 3 model iaitu Redmi 10X 5G, Redmi 10X Pro 5G, dan Redmi 10X 4G.

Redmi 10X series is official with dual SIM 5G support, Dimensity 800 chipsets and bargain pricing

Menariknya mengenai 10X 5G dan 10X Pro 5G ini, ia hadir dengan sokongan dwi-sim 5G, cip terbaharu Dimensity 820 dan yang paling penting adalah harga jualan yang rendah.

Redmi 10X Pro 5G


Redmi 10X Pro 5G - Varian paling berkuasa dalam siri Redmi 10X. Perbezaannya dengan Redmi 10X 5G biasa adalah dari segi kamera, konfigurasi memori, storan dalaman, dan juga pengecasan pantas..

redmi 10x pro 5g china Redmi 10X Pro 5G

Peranti hadir dengan paparan 6.57 inci AMOLED resolusi Full HD+ serta takuk waterdrop. Lensa swafoto adalah 20MP manakala terdapat 4 kamera belakang 48MP utama, 8MP sudut lebar, 8MP telefoto 3x zum optikal, dan 5MP makro.

Redmi 10X Pro 5G dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 820 bersama-sama 8GB RAM dan pilihan storan dalaman 128GB/256GB.

Peranti hadir dengan kapasiti bateri 4,520mAh serta menyokong pengecasan pantas 33W. Turut hadir adalah piawaiawn kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, dan juga fungsi NFC.

Redmi 10X 5G


Merupakan varian paling rendah yang boleh dimiliki untuk sebuah peranti dengan sokongan rangkaian 5G, secara keseluruhannya Redmi 10X hadir dengan rekaan, spesifikasi paparan, cip, dan bateri yang sama seperti versi Pro.

Redmi 10X, Redmi 10X Pro With 48-Megapixel Main Camera Launched: Price, Specifications

Cuma yang berbeza adalah Redmi 10X 5G mempunyai swafoto 16MP dan bilangan kamera belakang yang berkurang. Pada peranti ini hanya terdapat 3 sahaja kamera belakang iaitu 48MP utama, 2MP makro, dan 8MP sudut lebar.

Cip yang digunakan masih lagi MediaTek Dimensity 820 namun pilihan RAM lebih rendah 6GB/8GB. Storan dalaman juga pun sama bermula 64GB sehingga 256GB.

Bateri adalah berkapasiti 4,520mAh namun untuk model ini pengecasannya hanya selaju 22.5W sahaja. Peranti ini juga tidak seperti versi Pro yang dimuatkan dengan sokongan NFC.

Redmi 10X 4G


Redmi 10X 4G ini pula sebenarnya bukanlah peranti atau model yang baharu kerana ia hanyalah cuma Redmi Note 9 yang dijenamakan semula untuk pasaran China.

redmi 10x 4g china Redmi 10X 4G

Paparan peranti berukuran 6.53 inci Full HD+ LCD. Peranti dijana cip MediaTek Helio G85, RAM 4GB, dan storan dalaman 128GB berasaskan eMMC 5.1.

Kamera belakang dilengkapi 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth manakala swafoto pula 13MP. Bateri peranti adalah 5,020mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Harga Jualan


Di China, Redmi 10X 5G dijual bermula CNY 1,599 (~RM971). Redmi 10X Pro 5G pula bermula CNY 1,799 (~RM1,093). Sementara Redmi 10X 4G dijual bermula CNY 999 (~RM608).

 

Berkaitan