Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Kini Rasmi – Peranti Bajet Dengan Skrin 18:9

Posted on Disember 7, 2017Disember 11, 2017

Beberapa hari yang lepas Xiaomi ada berkongsi imej sebenar Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dan kini kedua-duanya telah dilancarkan secara rasmi.

Kedua-dua peranti ini dilihat sebagai penambahan dalam segmen bajet dan menariknya ia ditawarkan dengan nisbah paparan 18:9 yang kian popular.

Walaupun sama nisbah paparan, Redmi 5 mempunyai skrin yang lebih kecil sedikit dengan 5.7 inci paparan definisi tinggi. Bagi versi Plus pula ia menghadirkan ukuran 5.99 inci beserta paparan definisi tinggi penuh.

Lain-lain spesifikasi adalah seperti berikut…

Redmi 5

  • Snapdragon 450
  • RAM 2GB/ 3GB
  • Storan dalaman 16GB/ 32GB
  • bateri 3300mAh
  • Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5MP
  • Harga berbeza mengikut variasi RAM dan Storan – CNY 799 (~RM 494) dan CNY 899 (~RM556)

Redmi 5 Plus

  • Snapdragon 625
  • RAM 3GB/ 4GB
  • Storan dalaman 32GB/ 64GB
  • bateri 4000mAh
  • Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5MP
  • Harga berbeza mengikut variasi RAM dan Storan – CNY 999 (~RM 618 ) dan CNY 1299 (~RM803)

Penjualan model-model ini akan bermula 12 Disember di China dan desas-desus mengatakan ia akan hadir ke pasaran negara tidak lama lagi.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress