Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Red Dead Redemption – Key Art

Red Dead Redemption Versi PC Akhirnya Akan Tiba Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 9, 2024 · Dikemas kini Oktober 9, 2024 oleh Amsyar Latif

Berita baik buat pemain tegar di PC yang meminati genre dunia terbuka, permainan popular yang berlatar belakang wild west dari Rockstar, Red Dead Redemption dan Undead Nightmare akhirnya akan tiba untuk PC pada 29 Oktober ini.

Menurut Rockstar, versi PC ini adalah dibangunkan dengan kolaborasi Double Eleven di mana menawarkan perjalanan watak utama, John Marston bersama ‘sahabatnya’.

Red Dead Redemption – Image 1

Dalam versi ini, ia akan memberikan grafik permainan beresolusi 4K natif dengan sokongan sehingga 144Hz. Selain itu, bagi menikmati lagi pemandangan cantik dalam dunia tersebut, ia turut menyokong monitor ultra lebar (21:9) dan super ultra lebar (32:9), HDR10 dan fungsi penuh papan kekunci serta tetikus.

Red Dead Redemption – Image 3
Red Dead Redemption – Image 7
Red Dead Redemption – Image 4

Tambahan lagi, teknologi upscaling NVIDIA DLSS 3.7 dan AMD FSR 3.0 juga disokong untuk kualiti bayang dan lain-lain. Buat masa sekarang, tiada harga rasmi didedahkan tetapi Rockstar mengesahkan ia akan dikongsikan dalam masa terdekat termasuk pra pembelian di Rockstar Store, Steam atau Epic Games Store.

Buat pengetahuan, permainan Red Dead Redemption pertama kali dilancarkan untuk konsol PlayStation 3 dan Xbox 360 pada tahun 2010 yang lalu. Sekiranya anda pernah memainkan Red Dead Redemption 2 di PC, ini adalah masa terbaik untuk anda sambung perjalanan John Marston di Red Dead Redemption.

Berkaitan

  • PS5 Pro Rasmi - GPU Lebih Besar, Teknologi PSSR, Tersedia November Ini
  • Elecom Akan Lancarkan Kabel Pertama Sokong USB4 Versi 2.0 Di Jepun
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Siaran media Rockstar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY