Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USB4 Versi 2.0

Elecom Akan Lancarkan Kabel Pertama Sokong USB4 Versi 2.0 Di Jepun

Diterbitkan Oktober 7, 2024 · Dikemas kini Oktober 7, 2024 oleh ariff bukhari

Elecom Co., Ltd. mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan dua jenis kabel USB Type-C yang serasi dengan USB4 Versi 2.0 (80Gbps), yang mendakwa sebagai yang pertama di Jepun yang diperakui, pada pertengahan Disember akan datang.

Ia menyokong USB4 Versi 2.0 terkini yang diumumkan oleh Forum Pelaksana USB (USB-IF) yang menyokong kelajuan pemindahan sehingga 80Gbps, iaitu dua kali ganda daripada 40Gbps konvensional.

USB4 Versi 2.0 2
USB4 Versi 2.0

Elecom dalam satu kenyataan berkata, sambil mengekalkan prestasi, kabel USB4 Versi 2.0 yang menyokong USB Power Delivery EPR (Extended Power Range) boleh membekalkan kuasa sehingga 240W (48V/5A).

USB4 Versi 2.0 3
Kedua-dua kabel ELECOM INI mampu membekalkan kuasa dan memindahkan data berkelajuan tinggi pada masa yang sama dari satu kabel dan pada masa yang sama menghantar video resolusi ultra tinggi dan lancar sehingga 8K (7680x4320px)/60Hz dengan sokongan Mod Alt DisplayPort.

Harga jualan bagi 2 kabel tersebut belum diumumkan lagi oleh Elecom.

Pada lewat 2022 dahulu, USB Promoter Group telah mengumumkan spesifikasi USB4 beserta dengan logo baharu baginya.

Elecom Akan Lancarkan Kabel Pertama Sokong USB4 Versi 2.0 Di Jepun

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Pengguna Android Mula Terima Ciri Anti Kecurian Baharu, Telefon Dicuri Tidak Boleh Dijual
  • Google Bertindak Buang Aplikasi Kaspersky Daripada Play Store

Sumber: ELECOM Inc. Business Wire

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY