Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Elektrik

Rebat Bil Elektrik RM40 Dilanjutkan Sehingga Disember 2025

Diterbitkan Februari 12, 2025 · Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh Amalina Athman

Inisiatif Program Rebat Bil Elektrik RM40 kini dilanjutkan sehingga hujung tahun 2025.

Bagi yang tidak mengetahui, Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022, untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.

Inisiatif Program Rebat Bil Elektrik RM40 akan diteruskan tahun ini demi membantu meringankan kos dan beban kewangan rakyat.

Rebat bil elektrik ini akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak sehingga hujung tahun 2025. pic.twitter.com/9oawuuFDBa

— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) February 9, 2025

KIR yang layak dan mempunyai akaun TNB akan menerima rebat bil elektrik sehingga RM40 secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Namun, sekiranya tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB atau menyewa rumah, permohonan rebat untuk akaun elektrik pihak ketiga boleh dihantar ke Kedai Tenaga terdekat melalui borang permohonan semakanrebat.petra.gov.my.

Setiap KIR layak menerima rebat untuk satu akaun bil elektrik sahaja di bawah tarif Domestik, A.

Rebat Bil Elektrik RM40 Dilanjutkan Sehingga Disember 2025

Dari segi pelaksanaannya, rebat bil elektrik hanya akan diberikan maksimum RM40 sebulan. Sekiranya bil kurang daripada RM40, baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil lebih daripada RM40, penerima perlu membayar baki bil tersebut.

Untuk info atau pertanyaan lebih lanjut berkenaan program ini, layari atau hubungi saluran berikut:

  • FAQ Rebat Bil Elektrik RM40
  • Hotline MyGCC – 03-8000 8000
  • TNB Careline – 1-300-88-5454 atau email kepada [email protected]
  • Kunjungi Kedai Tenaga TNB terdekat

Berkaitan

  • 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Rebat Bil Elektrik Sehingga RM40
  • Aplikasi myTNB Akan Integrasi MyDigital ID Sebagai Pilihan Log Masuk
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • PM Nafi Kenaikan 14% Tarif Elektrik

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY