Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Elektrik

PM Nafi Kenaikan 14% Tarif Elektrik

Diterbitkan Februari 3, 2025 ยท Dikemas kini Februari 3, 2025 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 14% pada Julai ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata tarif elektrik dijangka dinaikkan pada separuh kedua tahun ini, dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti.

Jelas Anwar, ketetapan tersebut perlu dibuat berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu.

Mengenai isu Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT), kadar pemindahan elektrik bukan 14%. Tidak! Kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat. Namun, sudah pasti ia bukan seperti yang dikatakan. Ini sebabnya saya baru sahaja semak dengan Tengku Zafrul sekiranya saya tersilap fakta.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencadangkan jadual tarif baharu di Semenanjung Malaysia akan meningkat 14.2% kepada 45.62 sen/kWj bagi tempoh 2025 hingga 2027.

Namun, Menteri Tenaga Datuk Seri Fadillah pada 27 Disember memaklumkan belum ada keputusan yang dibuat mengenai kenaikan tarif elektrik.

Berbalik kepada konteks, pelarasan kenaikan daripada kadar semasa 39.95 sen/kWj ini adalah hasil penelitian yang dicapai pada rangka kerja kawal selia sektor kuasa kelak.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Selepas 10 Tahun, Jadual Tarif Elektrik Baharu Dicadang Dilaksana 1 Julai 2025
  • Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai - PM
  • Kenaikan Tarif Elektrik Di Semenanjung Belum Diputuskan - Menteri Tenaga

Sumber: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY