Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Elektrik

8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Rebat Bil Elektrik Sehingga RM40

Diterbitkan April 18, 2023 · Dikemas kini April 18, 2023 oleh ariff bukhari

Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 sehingga 2018 dengan mensasarkan kepada pengguna yang berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan.

Walaubagaimanapun, mungkin masih ada dikalangan kita yang masih belum tahu tentang program ini serta syarat-syarat kelayakan.

Berikut adalah 8 perkara penting yang anda perlu tahu bagi melayakkan anda menyertai Program Rebat Bil Elektrik RM40:-

1. Layak kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar sahaja (purata pendapatan RM1,169) berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.

2. Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 (maksimum) setiap bulan.

3. Jika bil kurang daripada RM40 bagi bulan itu, baki tersebut tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

4. Jika bil elektrik lebih daripada RM40/bulan, penerima perlu membayar sendiri lebihan bil elektrik tersebut.

8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Rebat Bil Elektrik Sehingga RM40

5. Rebat RM40 itu adalah termasuk bagi semua jenis caj termasuklah penalti lewat bayar bil.

6. Namun begitu, rebat RM40 itu tidak termasuk untuk tunggakan bil pada tahun 2019 sehingga 2021.

7. penyewa boleh mendaftar nombor akaun bil elektrik yang didaftarkan atas penama lain (contoh: nama tuan rumah)

8. Semakan kelayakan bagi Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini boleh dibuat menerusi laman sesawang https://semakanrebat.nrecc.gov.my/apps/public/index.php

Untuk info lebih lanjut berkenaan program ini, anda boleh menghubungi talian hotline berikut:-

  1. MyGCC – 03-8000 8000
  2. Tenaga Nasional Berhad (TNB) – 1-300-88-5454
  3. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) – 088-515000/15454
  4. Sarawak Energy Berhad (SEB) – 1-300-88-3111

Berkaitan

  • Kerajaan Umum PEMANGKIN, 9 Sektor Ekonomi Digital Yang Bakal Jana 49,000 Peluang Pekerjaan
  • Benarkah Masih Akan Disaman Jika Tak Pamer "Road Tax"? Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Samsung Malaysia Tawar Rebat RM500 Dan Naik Taraf TV Percuma

Sumber: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY