
Ketua Pegawai Pemasaran realme iaitu Xu Qi turut mengesahkan realme X50 Pro 5G dengan nombor model RMX 2071 akan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 865 dengan 12GB RAM dan sehingga 256GB UFS 3.0 Storan. Ia juga akan dilengkapi dengan cip Snapdragon X55 untuk sambungan rangkaian 5G.
Selain itu, telefon pintar ini akan menjalankan sistem operasi Android 10 dengan antaramuka realme UI. realme X50 Pro 5G baru-baru ini dilihat di AnTuTu Benchmark dengan skor 574,985.
Berdasarkan maklumat yang didedahkan, ia mempunyai paparan skrin Full HD+ dengan resolusi 2400 x 1080 piksel dan nisbah skrin 20:9 serta kadar penyegaran 120Hz. Tiada maklumat mengenai kapasiti bateri, namun ia dijangka akan didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 50W.
Pelancaran Realme X50 Pro 5G di MWC akhir bulan ini dijadualkan 24 Februari pada pukul 10 pagi mengikut waktu CEST.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- CD Projekt Red Tawar Bayaran Balik Bagi Pembelian Cyberpunk 2077 Di PlayStation Dan Xbox
- Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Guna Radio Ericsson Ultra-Ringan Dalam Pelaksanaan 5G
- Proton Lancar Laman Web Untuk Pembelian Kereta Terpakai
- Peranti OnePlus Akan Datang Bakal Hadir Dengan Sokongan 5G
- Qualcomm Umum Cip Snapdragon 480 - Dilengkapi Sokongan 5G Dan Panel 120Hz
- realme X7 Pro 5G Kini Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM1999
- Mi True Wireless Earphones 2 Pro Dengan Pembatalan Hingar Aktif Bakal Diumum Tidak Lama Lagi
- Siri realme X7 Bakal Diperkenal 1 September Ini, Hadir Dengan Paparan AMOLED 120Hz
- DNB Perlu Jelaskan Pernyataan Berhubung Peratus Liputan Rangkaian 5G - Fahmi Fadzil
- Kebergantungan Pemasangan Sebilangan Besar Produk Di China Mungkin 'Menjerat' Apple