Pengecasan 125W itu diberikan nama UltraDart dan boleh mengisi 33% bateri berkapasiti 4,000mAh dengan hanya 3 minit. Ia adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding pengecasan 65W SuperDart yang diperkenalkan sebelum ini.
Untuk mencapai kelajuan pantas ini, teknologi yang digunakan adalah membahagikan pengecas kepada tiga laluan dengan setiap satunya akan menyalurkan 10V 4.2A (42W) kepada dua sel bateri.
realme turut memuatkan 14 sensor suhu tambahan sebagai pemantauan serbaguna untuk mengelakkan suhu yang berlebihan. Pengecas 125W UltraDart boleh dipadankan dengan protokol 65W PD, 36W QC, serta boleh mengecas pelbagai telefon mudah alih dan komputer riba.
Dalam pada itu, realme turut mengacah pengecas mini-pocket SuperDart 50W dan pengecas 65W. Bagaimanapun, spesifikasi kedua-dua pengecas ini masih belum didedahkan.
Sumber: Weibo Xu Qi
Berkaitan
- realme 7 Dan 7 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia 24 September Ini
- Siri realme X7 Bakal Diperkenal 1 September Ini, Hadir Dengan Paparan AMOLED 120Hz
- realme 7i Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM999
- realme Perlihatkan Telefon Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan
- Tablet Dengan Sokongan 5G, realme Pad X Akan Dilancar Di Malaysia Pada 23 Ogos Nanti
- Imej Pengecas realme 240W Tertiris, Mungkin Hadir Bersama GT Neo 5
- realme 7 5G Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM1,299
- realme C12 Akan Diperkenal 18 Ogos Ini, Dimuatkan Bateri 6000mAh
- realme C55 Terima Pengesahan SIRIM, Dijangka Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
- Siri realme Narzo 20 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 November Ini