Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Perlihatkan Telefon Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan

realme Perlihatkan Telefon Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan

Diterbitkan September 23, 2020 oleh Amalina Athman

Pelbagai kaedah digunakan oleh pengeluar bagi menghasilkan telefon pintar dengan teknologi kamera yang lebih baik. Paparan dengan kamera berlubang, takuk, kamera pop-up, kamera yang boleh diputarkan dan sebagainya.

Bermula dengan ZTE yang terlebih dahulu melancarkan Axon 20 dengan teknologi kamera bawah paparan, lebih banyak pengeluar dilihat telah bersiap sedia untuk memperkenalkan teknologi kamera itu bagi memaksimakan lagi penggunaan skrin telefon.

realme Perlihatkan Telefon Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan

Terbaru, Naib Presiden realme, Xu Qi melalui Weibo telah memperlihatkan sebuah peranti tanpa sebarang takuk mahupun paparan berlubang. Ia dipercayai akan dimuatkan dengan teknologi kamera bawah paparan.

realme telefon bawah paparan

Melalui kenyataan pada kiriman tersebut, peranti itu mungkin masih berada dalam fasa pembangunan. Bagaimanapun, tiada pengesahan lebih lanjut yang didedahkan oleh realme mengenainya.

Sumber: Weibo via GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY