Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme 7i Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM999

Posted on Oktober 13, 2020Oktober 13, 2020

realme 7i telah pun dilancarkan di China pada bulan lalu. Kini, realme Malaysia mengumumkan ketibaan peranti ini untuk pasaran tempatan.

Merupakan model paling mampu milik dalam barisan siri realme 7, ia menampilkan spesifikasi menarik termasuk kadar segar semula yang tinggi, RAM yang besar dan sebagainya.

Mengimbas kembali, realme 7i dilengkapi skrin paparan 6.5 inci IPS LCD dengan resolusi HD+, serta kadar segar semula 90Hz. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Di bahagian belakang realme 7i dimuatkan dengan pengimbas cap jari serta tetapan 4 kamera dengan 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B&W, dan 2MP makro.

Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 662 dengan gandingan RAM 8GB dan 128GB storan. Melengkapkan lagi penawaran realme 7i adalah dengan kapasiti bateri 5000mAh serta pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C.

 

realme 7i ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Polar Blue dan Aurora Green. Peranti ini diletakkan pada harga RM999 dan akan tersedia di Lazada bermula 13 Oktober, 2 petang ini. Setiap pembelian terawal pada hari ini akan menerima realme 10,000mAh Power Bank 2.

Selain itu, realme 7i juga boleh dibeli melalui pengedar sah realme di seluruh negara bermula 17 Oktober 2020. Setiap pembelian akan menerima realme Buds Classic secara percuma.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress