Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
REALME X7

Siri realme X7 Bakal Diperkenal 1 September Ini, Hadir Dengan Paparan AMOLED 120Hz

Diterbitkan Ogos 21, 2020 · Dikemas kini Ogos 21, 2020 oleh Amalina Athman

realme baru-baru ini mengesahkan siri realme X7 akan diperkenal pada 1 September ini. Dari X3 terus melompat ke X7, nampaknya sekali lagi realme telah melangkau dalam penggunaan nama perantinya. Terbaru, realme telah mendedahkan lebih banyak spesifikasi mengenai realme X7.

realme X7 adalah yang pertama dalam barisan peranti realme dengan skrin paparan AMOLED dan juga menyokong kadar segar 120Hz. Sebelum ini, siri X50 Pro yang didatangkan dengan skrin Super AMOLED hanya menyokong kadar segar semula 90Hz. Manakala realme X3 pula menyokong kadar segar semula 120Hz, tetapi hanya dengan skrin IPS LCD.

realme X7 lancar
realme X7 lancar

Dalam pada itu, poster yang dikongsi di Weibo turut memperlihatkan siri realme X7  dimuatkan paparan berlubang dan mempunyai maksimum 1200 nits kecerahan dengan 4,096 tahap penyesuaian kecerahan.

Bagi spesifikasi lain, penyenaraian di TENAA menunjukkan ia dijangka hadir dengan paparan bersaiz 6.55 inci Full HD+, dikuasakan cip pemproses Dimensity 1000+ , RAM 8GB+256GB storan serta berasaskan Android 10.

Untuk maklumat rasmi mengenai siri realme X7, nantikan pelancaran yang akan berlangsung pada 2 petang, 1 September 2020.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY