OPPO Secara Rasmi Memperkenal Pengecasan Pantas 125W, Pengisian Penuh Dalam Masa 20 Minit

Minggu ini, pelbagai pengeluar telefon pintar mula mengumumkan pengecasan pantas 100W+. Terbaru, OPPO hari ini secara rasmi telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas 125W dalam acara yang berlangsung di China.



Pengecasan pantas 125W yang direka dengan teknologi 20V/6.25A ini dikatakan mampu membuat pengisian penuh bateri 4,000mAh dalam tempoh 20 minit.



Untuk melindungi sel kuasa (power cell) dan peranti, pengecas ini direka dengan teknologi yang memuatkan dua bateri, serta diletakkan 10 sensor suhu tambahan.



Selain pengecasan 125W, OPPO turut memperkenalkan tiga teknologi pengecasan pantas baharu termasuk pengecasan tanpa wayar 65W AirVOOC, pengecas mini 50W SuperVOOC dan 110W mini flash charger.



Menerusi 65W AirVOOC, OPPO menyatakan ia mampu membuat penisian penuh bateri 4,000mAh dalam tempoh 30 minit. Bagi pengecas mini 50W SuperVOOC, ia didatangkan dengan saiz yang kecil dengan ketebalan 1.05cm. Ia boleh dipadankan dengan protokol seperti 27W PD dan 50W PPD serta boleh mengecas pelbagai telefon mudah alih dan komputer riba.



OPPO 110W mini flash charge mempunyai rekaan dengan saiz normal pengecas 18W. Ia mempunyai keserasian dengan 65W SuperVOOC, 30W VOOC, 65W PD dan 36W Quick Charge.

Sumber: OPPO