realme 7 Dan 7 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia 24 September Ini

realme 7 dan realme 7 Pro telahpun dilancarkan di India pada awal September lalu. Kini, realme Malaysia mengumumkan kedua-dua peranti ini akan tiba untuk pasaran tempatan pada 24 September 2020.



Mengimbas kembali spesifikasi, realme 7 Pro hadir dengan skrin 6.4 inci AMOLED 60Hz serta paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 32MP dan pengimbas cap jari di sebalik paparan.

Ia dijana cip pemproses Snapdragon 720G dengan dua varian memori iaitu 6GB/128GB dan 8GB/12GB. Antara ciri lain adalah tetapan kuad kamera 64MP, mempunyai sokongan dwi-pembesar suara stereo serta kapasiti bateri 450OmAh dan pengecasan pantas 65W.

realme 7 pro malaysia

Bagi realme 7, ia membawakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding realme 7 Pro. Peranti ini hadir dengan skrin 6.5 inci LCD Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Pengimbas cap jari pula diletakkan pada bahagian sisi telefon.

realme 7 dikuasakan cip MediaTek Helio G95 dengan RAM 6GB/64GB danĀ  . 8GB/12GB. Tetapan kamera pula adalah sama seperti realme 7 Pro. Antara perbezaan lain adalah bateri realme 7 lebih besar dengan kapasiti 5,000mAh namun pengecasan pantasnya hanya 30W sahaja.

realme 7 pro malaysia

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran bagi pasaran tempatan, nantikan pelancaran yang akan diadakan secara penstriman langsung melalui halaman Facebook realme Malaysia pada 24 September 2020, 12 tengah hari.