Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C55 Terima Pengesahan SIRIM, Dijangka Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

realme C55 Terima Pengesahan SIRIM, Dijangka Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mac 3, 2023 · Dikemas kini Mac 3, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, realme Indonesia mengesahkan realme C55 akan dilancarkan pada 7 Mac ini. Terbaharu, realme C55 telah disenaraikan di laman web SIRIM dan aplikasi Check Your Label, yang menandakan peranti itu bakal tiba untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • realme GT3 Dengan Pengecasan 240W Sah Masuk Malaysia
  • realme GT3 Rasmi Di Pasaran Global, Pengecasan Terpantas 240W Jadi Taruhan
  • Bakal Dilancar 7 Mac Ini, realme C55 Sah Dilengkapi Ciri Seiras Dynamic Island

Telah pun menerima kelulusan SIRIM sejak 17 Februari 2023, peranti ini disahkan hadir dengan ciri seakan Dynamic Island, yang disebut sebagai Mini Capsule.

realme C55 Terima Pengesahan SIRIM, Dijangka Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Dengan ciri Mini Capsule, ia menempatkan status pengecasan bateri, peringatan bateri lemah, kiraan langkah dan sebagainya.

Bakal Dilancar 7 Mac Ini, realme C55 Sah Dilengkapi Ciri Seiras Dynamic Island

Melalui spesifikasi yang dipaparkan pada laman web realme Indonesia (yang kini sudah ditarik balik), realme C55 akan dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G88, RAM sehingga 8GB dan storan sebesar 256GB dengan sokongan penambahan sehingga 1TB.

Bagi pasaran Malaysia kelak, belum diketahui jika ia akan ditawarkan dengan varian yang sama atau sebaliknya. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi daripada realme Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY