Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 240W

Imej Pengecas realme 240W Tertiris, Mungkin Hadir Bersama GT Neo 5

Diterbitkan Disember 23, 2022 ยท Dikemas kini Disember 23, 2022 oleh Amalina Athman

Sehingga kini, teknologi pengecasan pantas realme telah mencapai maksimum 150W, yang mana didatangkan bersama GT Neo 3. Sepertimana dilaporkan sebelum ini, jenama itu menyasarkan untuk memperkenalkan teknologi pengecasan yang lebih pantas melalui pengecas 240W.

Berkaitan

  • Terlalu Pantas, Siri realme GT Neo 5 Mungkin Hadir Dengan Pengecasan 240W
  • Rasmi, realme 10 Pro Dan realme 10 Pro+ Bermula RM1,299 Hingga RM1,799

Terbaharu, peniris terkenal Ice Universe telah berkongsi beberapa imej di Weibo yang didakwa adalah pengecasan pantas 240W realme. Pengecas ini dijangka hadir bersama realme GT Neo 5 kelak.

realme 240W_1
realme 240W_2

Mempunyai nombor model VCKCJACH, ia dikhabarkan mempunyai keupayaan yang dipertingkatkan berbanding pengecas 150W. Sebagai tambahan, saiz pengecas juga kelihatan sama seperti generasi sebelumnya, walaupun terdapat peningkatan 160% dalam penghantaran kuasa.

Untuk rekod, pengecasan pantas 150W yang ditawarkan bersama realme GT Neo 3 tidak memasuki pasaran Malaysia. Sebaliknya, ia didatangkan dengan pengecasan 80W bersama kapasiti bateri 5,00mAh.

Memandangkan masih belum jelas jika benar pengecas 240W akan diperkenalkan bersama GT Neo 5, nantikan pengumuman rasmi daripada pihak realme untuk masa akan datang.

Sumber: Ice Universe Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY