Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme c12

realme C12 Akan Diperkenal 18 Ogos Ini, Dimuatkan Bateri 6000mAh

Diterbitkan Ogos 12, 2020 · Dikemas kini Ogos 12, 2020 oleh Amalina Athman

realme pada minggu lalu muncul dengan perkhabaran mengenai realme C12. Terbaru, syarikat itu mengesahkan realme C12 akan diperkenalkan pada 18 Ogos ini dan India menjadi negara pertama yang akan menerima peranti ini terlebih dahulu.

pelancaran realme c12

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, realme C12 dilengkapi dengan kapasiti bateri 6000mAh. Menurut realme, peranti ini boleh bertahan sehingga 46 jam masa panggilan, 60 jam penstriman muzik dan 28 jam tontonan Youtube.

Berdasarkan imej yang dimuatnaik melalui laman rasmi realme India, bahagian belakang peranti ini dimuatkan dengan tetapan tiga kamera dan imbasan cap jari.

We don’t call it Mega unless it is 6000mAh. Changing the way users entertain themselves with the addition of #realmeC15 & #realmeC12 to the #realme C series. These new smartphones are designed to maximise your day.

Launching at 12:30 PM, 18th August.https://t.co/QSWAzHx0z3 pic.twitter.com/CDfk8jnfsi

— realme (@realmeIndia) August 12, 2020

Selain realme C12, akan turut diperkenal di India pada 18 Ogos nanti adalah realme C15. Peranti ini telah dilancarkan di Indonesia pada 28 Julai lalu.

Bagi realme C12, peranti ini telahpun menerima pensijilan di Malaysia. Oleh itu, kedua-dua peranti dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber: realme India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY