Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme ricoh

realme Umum Kerjasama Dengan Ricoh – Bakal Lancar GT 8 Pro Dengan Teknologi Kamera GR

Diterbitkan Oktober 9, 2025 oleh Amsyar Latif

realme mengumumkan kerjasama strategik bersama Ricoh Imaging Company Ltd., yang akan diperkenalkan secara rasmi pada 14 Oktober 2025 di Beijing, China.

Kerjasama ini melibatkan pembangunan bersama teknologi pengimejan untuk model realme GT 8 Pro, yang menggabungkan elemen reka bentuk dan pengalaman kamera daripada siri Ricoh GR.

Selepas empat tahun pembangunan bersama, kolaborasi ini disifatkan sebagai antara usaha pengimejan paling besar dalam industri telefon pintar.

Menerusi video bertajuk “4 Years in One Snap”, kedua-dua syarikat berkongsi perjalanan pembangunan mereka serta pandangan tentang cara memperbaiki pengalaman fotografi mudah alih.

realme mengatakan kerjasama ini ialah untuk menghasilkan sistem kamera yang memberikan hasil gambar lebih asli tanpa terlalu banyak pemprosesan.

Model realme GT 8 Pro akan menampilkan pelbagai penyesuaian hasil kolaborasi dengan pasukan Ricoh GR, termasuk algoritma warna tersuai, ton imej klasik, dan antara muka kamera berinspirasi Ricoh GR. Pendekatan ini bertujuan membawa pengalaman fotografi jalanan ke platform mudah alih dengan konsep “Snap by No Rules.”

Pelancaran rasmi GT 8 Pro dijangka menjadi permulaan kepada fasa baharu dalam teknologi kamera mudah alih dan persaingan yang sihat dalam kalangan telefon pintar dari China.

Jadi, sama-sama kita lihat kemampuan kamera realme x Ricoh.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ricoh GR IV Rasmi Di Malaysia, Kamera Kompak 25.74MP Untuk Jurugambar Jalanan
  • realme GT 8 Pro Akan Jadi Telefon Terawal Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY