Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT 8 Pro Akan Jadi Telefon Terawal Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Di Malaysia

realme GT 8 Pro Akan Jadi Telefon Terawal Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Di Malaysia

Diterbitkan September 25, 2025 oleh Amsyar Latif

realme telah mengesahkan bahawa realme GT 8 Pro akan ditawarkan di Malaysia. Peranti ini dijangka menjadi antara telefon pintar andalan pertama di negara ini yang hadir dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5, cip mudah alih terbaru dan paling berkuasa daripada Qualcomm.

Snapdragon 8 Elite Gen 5 dibangunkan menggunakan teknologi proses TSMC N3p 3nm dengan seni bina 2+6 lapan-teras baharu yang mencapai kelajuan sehingga 4.61GHz.

Qualcomm menyatakan bahawa cip ini bukan sahaja menawarkan kuasa pemprosesan CPU terpantas dalam industri mudah alih, malah memberikan kecekapan tenaga lebih baik untuk kegunaan seharian. Dari segi ujian penanda aras, realme GT 8 Pro mencatatkan skor AnTuTu melebihi 4 juta.

realme turut menambah baik peranti ini dengan teknologi eksklusif seperti Hyper Vision+ AI Chip yang meningkatkan paparan visual, serta GT BOOST 3.0 prophetic energy efficiency scheduling yang memastikan prestasi lebih stabil dalam jangka masa panjang.

Selain itu, realme mendakwa GT 8 Pro mampu menjalankan dua permainan berat seperti PUBG dan Genshin Impact pada kadar bingkai tinggi secara serentak sehingga satu jam, menjadikannya salah satu peranti gaming flagship paling berkuasa dalam kategorinya.

Tahun lalu, realme GT 7 Pro muncul sebagai telefon pintar pertama di Malaysia yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite. Tidak mustahil tahun ini sejarah yang sama berulang, dengan GT 8 Pro sekali lagi menjadi antara peranti terawal yang membawa cip flagship Qualcomm ke pasaran tempatan.

Buat masa ini, realme belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran GT 8 Pro di Malaysia.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • realme Watch 5 Dan Buds T200 Dilancar, Harga Dari RM199
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 Rasmi - Kelajuan CPU Sehingga 4.6GHz, Sokong APV Codec Dan Unreal Engine 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY