Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ricoh GR IV

Ricoh GR IV Rasmi Di Malaysia, Kamera Kompak 25.74MP Untuk Jurugambar Jalanan

Diterbitkan September 12, 2025 oleh Amsyar Latif

Futuromic Photo AV Sdn. Bhd., pengedar rasmi produk pengimejan Ricoh di Malaysia, telah melancarkan Ricoh GR IV, kamera kompak premium yang dinanti-nantikan dalam siri GR.

Model baharu ini hadir dengan sensor APS-C CMOS 25.74MP, lensa GR 18.3mm f/2.8 yang direka semula, serta enjin GR 7 yang menawarkan prestasi lebih pantas, hingar rendah dan sokongan ISO sehingga 204,800.

ricoh gr iv – 1

Ricoh GR IV turut dilengkapi penstabil imej 5 paksi, autofokus dipertingkat, serta masa permulaan hanya 0.6 saat yang mana ia terpantas dalam sejarah siri GR.

ricoh gr iv – 3
ricoh gr iv – 2

Dari segi rekaan, ia menggunakan badan aloi magnesium, cengkaman ergonomik baharu dan skrin LCD 3.0 inci resolusi tinggi dengan keterlihatan lebih baik di luar.

Ciri kreatif lain termasuk mode Cinema, tetapan Snap Distance-Priority AE, serta sambungan mudah alih melalui Bluetooth dan Wi-Fi menggunakan aplikasi GR WORLD.

Pelancaran rasmi berlangsung di Sunway Pyramid dengan sesi demonstrasi dan aktiviti fotografi jalanan. Kamera ini sudah boleh didapati pada harga RM5,999 melalui pengedar sah Futuromic serta saluran dalam talian, lengkap dengan jaminan tempatan penuh dan sokongan selepas jualan.

Berkaitan

  • Ricoh GR IV Sah Tiba Tahun Ini, Bawa Perubahan Besar Selepas 6 Tahun
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Ricoh GR IV Kini Dibuka Untuk Prapesan Di Malaysia Pada Harga RM5,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY