Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 15000mAh_

realme Perkenal Peranti Konsep Dengan Bateri 15,000mAh, Kipas Mini Terbina

Diterbitkan Ogos 27, 2025 · Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh Amalina Athman

Sempena ulang tahun ke-7, realme kini memperkenalkan dua peranti konsep yang menampilkan teknologi terkini.

Bateri 15,000mAh

15000mAh KV

Peranti konsep ini hadir dengan bateri ultra-tinggi 15,000mAh menggunakan teknologi anode silikon 100%, yang membolehkan peranti mencapai ketumpatan tenaga 1200 Wh/L – antara yang tertinggi pernah dicatat dalam telefon pintar.

realme 15000mAh_2

Dengan bateri ini, pengguna boleh menikmati penggunaan biasa sehingga empat hari, merakam video secara berterusan 18 jam dan menonton video sehingga 53 jam dengan sekali pengecasan.

realme Chill Fan

Chill Fan Phone KV

Selain bateri berkuasa tinggi, realme turut memperkenalkan realme Chill Fan Phone, inovasi pertama seumpamanya yang menyelesaikan masalah telefon terlalu panas.

Telefon ini dilengkapi kipas mini terbina dengan integrasi penyejuk termoelektrik (TEC), teknologi yang biasanya digunakan pada penyejuk luaran tetapi diubah suai untuk kegunaan dalaman telefon pintar.

realme chill fan phone

Sistem penyejukan ini mampu menurunkan suhu telefon sehingga 6°C semasa penggunaan berat, membolehkan telefon mengekalkan prestasi optimum tanpa gangguan.

Berkaitan

  • Siri realme GT 7 Dengan Bateri 7,000mAh Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999
  • realme C71 Kini Di Malaysia - Bateri 6300mAh, Harga RM499
  • realme P3 Ultra Kini Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM1,699
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY