Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2025-06-12 15.57.29

realme C71 Kini Di Malaysia – Bateri 6300mAh, Harga RM499

Diterbitkan Jun 12, 2025 · Dikemas kini Jun 12, 2025 oleh Amsyar Latif

realme mengumumkan pelancaran dua produk baharu untuk pasaran Malaysia – realme C71, telefon pintar kelas permulaan, dan realme TechLife Studio H1, fon kepala tanpa wayar. Kedua-duanya ditawarkan pada harga mampu milik dengan tumpuan kepada prestasi, ketahanan, dan pengalaman pengguna yang dipertingkat.

realme C71 dilengkapi skrin 6.67-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz, cip UNISOC T7250, kamera utama 50MP AI, serta kamera hadapan 5MP. Telefon ini turut menampilkan bateri 6300mAh dengan pengecasan pantas 45W dan sokongan pengecasan berbalik.

Ketahanan tahap ketenteraan membolehkannya menahan jatuhan hingga 1.5 meter, manakala pembesar suaranya menawarkan output audio sehingga 400% lebih kuat daripada biasa.

Ciri Pulse Light memberikan sentuhan interaktif, dengan 9 pilihan warna dan 5 jenis kerlipan, menjadikannya lebih dinamik untuk pemberitahuan, pengecasan atau hiburan. Turut disertakan ialah pelbagai fungsi pintar seperti AI Noise Reduction, AI Eraser, dan Circle to Search.

photo_2025-06-12 15.57.32

Ditawarkan pada harga RM499 (6GB + 128GB), jualan pertama bermula 13 Jun hingga 12 Julai 2025, dengan hadiah percuma berupa pelindung skrin dan lanjutan jaminan bernilai RM169.

photo_2025-06-12 15.57.31

Sementara itu, realme TechLife Studio H1 merupakan fon kepala atas telinga dengan hayat bateri sehingga 70 jam, pembatalan hingar aktif hibrid 43dB, Bluetooth 5.4 dan sambungan dwi-peranti.

Dengan reka bentuk boleh lipat dan mod latensi rendah, ia direka untuk kegunaan harian sama ada untuk hiburan atau kerja. Studio H1 akan mula dijual pada 25 Jun 2025 pada harga RM399, tersedia dalam dua warna – Ivory Beats dan Midnight Magic.

Kedua-dua produk boleh dibeli melalui kedai rasmi realme di Shopee, Lazada, TikTok serta pengedar sah seluruh negara.

Berkaitan

  • Siri realme GT 7 Dengan Bateri 7,000mAh Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY