Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme P3 Ultra

realme P3 Ultra Kini Di Malaysia Dengan Tanda Harga RM1,699

Diterbitkan Jun 16, 2025 · Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh Amsyar Latif

realme telah melancarkan peranti terbaharunya, realme P3 Ultra, di pasaran Malaysia, menandakan kemunculan pertama siri P jenama itu di negara ini. Peranti ini ditawarkan secara eksklusif melalui platform e-dagang rasmi realme.

realme P3 Ultra hadir dengan beberapa ciri utama, termasuk reka bentuk belakang Glow-in-the-Dark, ketebalan hanya 7.38mm, dan skrin 6.83 inci AMOLED Quad-Curved 1.5K dengan bezel ultra-nipis.

Dari segi spesifikasi, P3 Ultra dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 Ultra, menyokong prestasi lancar sehingga 120FPS dalam permainan mudah alih. Ia turut dilengkapi RAM 12GB, sistem penyejukan VC yang ditingkatkan, dan bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Untuk keupayaan fotografi, ia menggunakan kamera utama Sony IMX896 50MP dengan OIS, yang menyokong rakaman video 4K pada 60FPS. Sensor ini merupakan antara yang terbesar dalam kelas harga yang sama. Turut dipadankan 8MP ultra lebar serta 16MP lensa swafoto.

Ketersediaan dan Harga

realme P3 Ultra

realme P3 Ultra (12GB+256GB) ditawarkan pada harga rasmi RM1,699, dan boleh didapati di Shopee, Lazada serta TikTok rasmi realme dari 16 hingga 30 Jun 2025.

Sempena TikTok Super Brand Day (17–19 Jun 2025), peranti ini ditawarkan pada harga promosi RM1,399, bersama hadiah tambahan bernilai RM349 termasuk baucar pelancaran RM150 dan jaminan lanjutan selama 1 tahun.

Berkaitan

  • Siri realme GT 7 Dengan Bateri 7,000mAh Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • realme C71 Kini Di Malaysia - Bateri 6300mAh, Harga RM499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY